Khamis, 23 Oktober 2014

FORUM PERDANA SEMPENA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1436

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Forum Perdana sempena Sambutan Maal Hijrah 1436 pada 25 Okt 2014 mulai lepas solat Magrib. Muslimin muslimat dijemput hadir.







 

DOA AKHIR TAHUN DAN AWAL TAHUN

Masjid Kuarters KLIA akan mengadakan majlis bacaan doa akhir tahun sebelum magrib dan doa awal tahun selepas magrib pada 24 Okt 2014 hari Jumaat mulai jam 6,30 ptg. Bacaan Yassin akan diadakan selepas solat magrib. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir



Isnin, 8 September 2014

KUMPULAN MARHABAN KLIA ELITE JOHAN PERINGKAT NEGERI SEMBILAN TAHUN 2014

Kumpulan Marhaban dari Masjid Kuarters KLIA yang di namakan Kumpulan Marhaban KLIA Elite telah muncul sebagai Johan dalam Pertandingan Berzanji dan Marhaban Peringkat Negeri Sembilan yang diadakan di Pusat Dakwah Paroi.

Sebanyak 8 kumpulan telah memasuki peringkat akhir terdiri daripada lelaki dan wanita. Hadiah telah disampaikan oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan YB Dato Dr Hj Awaludin bin Said.  Kumpulan ini di ketuai oleh Hj Tajul Urus bin Dawam telah menerima sebuah Piala, Sijil Penyertaan, Kain Baju Melayu dan Wang Tunai RM 2500.00

Tahniah diucapkan kepada kumpulan Berzanji  Marhaban Masjid Kuarters KLIA.

 





Ahad, 31 Ogos 2014

FORUM KHAS PRIHATIN UMMAH SELAMATKAN GAZA, PERANAN KITA

Forum Khas Prihatin Ummah Selamatkan Gaza, Apa Peranan Kita telah diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada 28 Ogos 2014 mulai solat Asar.
Ahli Panel terdiri daripada:

Hj Jamaludin Elias
Tim. Presiden Yayasan Amal Malaysia

Dr Azrul Azlan Iskandar Mirza
Pensyarah USIM - Akademik

Ustaz Saifullah bin Jamaludin
Modertor

Anjuran : Yayasan Amal Malaysia dengan Kerjasama Masjid Kuarters KLIA.



MAJLIS BERBUKA PUASA & SUMBANGAN ANAK YATIM

Masjid telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Anak-anak Yatim dan balu balu pada bulan Ramadhan yang lepas.





 
Agihan beras Infaq kepada Anak Anak Yatim


Jumaat, 9 Mei 2014

Lawatan Tidak Rasmi Timbalan Perdana Menteri.

Pada 9 Mei 2014, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah hadir melawat dan solat Jumaat di Masjid Kuarters KLIA. Sebelum itu beliau telah merasmikan Bangunan AKEP di Jalan LBJ, Nilai.

Beliau disambut meriah oleh para jemaah masjid ini diketuai oleh Nazir, Imam, Setiausaha dan AJK serta pegawai masjid.











AJK Masjid Di Majlis Perasmian Bank Rakyat Enstek.

Nazir, S/Usaha dan Bendahari masjid ini telah dijemput ke Perasmian Cawangan baru Bank Rakyat cawangan Bandar Enstek, di Marcato pada 9 Mei 2014. Dalam majlis tersebut pihak Bank Rakyat bermurah hati menyumbangkan derma untuk masjid sebanyak RM 10,000.

Pada malam sebelumnya, majlis tahlil dan doa selamat telah diadakan dan dipimpin oleh imam 1 Ustaz Mohamad Khidir Ngah.

Pihak masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada phak Bank Rakyat diatas sumbangan tersebut.


 Tuan Nazir, Hj Hashim Munajat Menerima sumbangan zakat dari
Bank Rakyat untuk masjid sebanyak RM 10,000.00


Setiausaha Hj Tajul Urus menandatangani Autograf
Rank Rakyat.
 
 


Rabu, 7 Mei 2014

PROGRAM, " INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT"

Masjid ini dengan kerjasama Mess Consultant akan mengajurkan Program Indahnya Hidup Bersyariat pada 9 Mei 2014 bermula jam 4.30 petang.

PERTANDINGAN MEWARNA UNTUK KANAK2 TAHUN 4 SELEPAS ASAR.

BENGKEL FATIHAH UNTUK DEWASA LEPAS ASAR.

SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR



Sabtu, 3 Mei 2014

KHIDMAT BAKTI PELAJAR UITM SHAH ALAM

Pada 3 Mei 2014 sekumpulan pelajar Uitm telah mengadakan khidmat bakti gotong royong membersihkan masjid Kuarters KLIA.
Program ini dalam sesi kursus jangka pendek yang berlansung di BTN Kuarters KLIA.

 



Khidmat Bakti Siswa/siswi UiTM
 


Sabtu, 12 April 2014

PENUBUHAN KELAB MEMANAH MASJID KUARTERS KLIA

12 April 2014 Hari ini dalam sejarah, masjid Kuarters KLIA telah menubuhkan Kelab Memanah. Tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk menarik ahli-ahli dan para belia serta remaja untuk mendekati masjid.
Dalam mesyauarat penubuhannya pada hari ini, majlis telah bersetuju melantik beberapa orang jawatankuasa untuk mengendalikan Kelab ini.

Pengerusi : Syed Syarikin bin Syed Noh
Setiausaha : En Nor Fenddy bin Zainal
Bendahari : En Moohd Hanazi bin Ahmad Tarmidzi.
AJK : Hj Tajul Urus Dawam
          Nur Azlan bin Abdul Rahim
          Ma Hadi bin Ma Hassan
          En Mohd Azrai
          En Ibrahim bin Sabtu
         
Keahlian kelab ini terbuka kepada sesiapa yang berminat
Keahlian terbahagi kepada beberapa kategori;
Kategori Lelaki Dewasa
Kategori Wanita Dewasa
Kategori Remaja
Kategori Kanak Kanak

Kelab telah melantik jurulatih yang bertauliah untuk melatih ahli-ahli yang akan membuat latihan pada setiap hujung minggu.





Sabtu, 22 Mac 2014

KEM MOTIVASI ANAK SOLEH

Masjid Kuarters KLIA melalui Biro Remaja akan menganjurkan Kem Motivasi Anak Soleh sempena musim cuti sekolah ini. Pengerusinya Nur Azlan Abdul Rahim berkata, kem ini dianjurkan untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada remaja serta memenuhi masa cuti sekolah seminggu ini.


Khamis, 13 Mac 2014

SOLAT HAJAT DAN SOLAT ISTISQA' SIRI 2

Solat Hajat dan Solat Istisqa' siri ke 2 akan diadakan pada 16 Mac 2014 jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA ( depan Sek. Keb. Kompleks KLIA )

 
SEMUA ANAK-ANAK KARIAH DIJEMPUT HADIR.

BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK MH 370



Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Bacaan Yassin dan Solat Hajat Khas untuk mangsa MH 370 pada 13 Mac 2014. Bacaan Yassin dan Solat Hajat ini telah dipimpin oleh Imam 1 Masjid ini Ust Mohamad Khidir bin Ngah.
Sambutan amat menggalakan.
Masjid merakamkan rasa simpati dan berharap kepada semua keluarga mangsa bersabar dengan ujian ini.
InsyaAllah satu masa akan diketumukan semula... AMIN.

Ahad, 9 Mac 2014

SOLAT ISTISQA'

Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan solat Istisqa' Solat minta hujan pada 9 Mac 2014 mulai jam 10.00 pagi di Padang Awam Kuarters KLIA.
Solat ini di pimpin oleh Imam Masjid Ustaz Mohamad Khidir bin Ngah.