Rabu, 9 September 2009

As Syeikh Dr Mohamad Mahmod Syiami



Pihak masjid Kuarters KLIA telah menjemput As Syeikh Dr Mohamad Mahmod Syiami ke masjid ini pada 5 Sept 2009. Beliau adalah mantan Imam / Khatib masjid Al Aqsa, mantan Rektor Universiti Islam Gaza dan sekarang AJK AlQuds.

Beliau telah mengimamkan solat Terawikh pada malam tersebut. Disamping itu beliau telah menyampaikan tazkirah kepada para jemaah. Sambutan dari orang ramai dipersekitaran adalah luar biasa dimana kehadiran amat membanggakan.

Pungutan derma sebanyak RM 3600.00 telah berjaya dipungut untuk membantu saudara Islam di Gaza dan Palestin. Kepada penderma diucapkan ribuan terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan