Khamis, 10 September 2009

AN NAJAH RAKAM ALBUM

Sedang buat rakaman di Hijjaz Record..


Kumpulan Marhaban Masjid Kuarters KLIA telah ditubuhkan sejak tahun 2006. Kumpulan ini dinamakan kumpulan An Najah. Kumpulan Marhaban An Najah telah menjadi ' Juara ' dalam pertandingan Marhaban dan Berzanji peringkat Negeri Sembilan tahun 2009.

Kini kumpulan An Najah mengorak langkah kehadapan dengan merakamkan album sulongnya dalam misi Selawat, Marhaban, Berzanji dan Seruan Azan. Sesi rakaman telah dibuat di Hijjaz Rekod. Menurut pengurus An Najah Hj Tajul Urus Dawam, Insya Allah album ini akan dilancarkan pada minggu ke tiga Syawal nanti di dewan Kuarters KLIA sempena sambutan Hariraya bersama penduduk.

An Najah juga sedang berusaha untuk berkerjasama dengan Badan Kebajikan Islam Kastam ( BAKISKA)untuk mengedarkan album tersebut dalam bentuk CD.

Semua jemaah harap tunggguuuu.........

Tiada ulasan:

Catat Ulasan