Ahad, 18 Julai 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN DUN LABU

Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban antara masjid-masjid didalam kawasan DUN Labu pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar Kariah Jijan. Majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini terdiri dari dua kategori, lelaki dan wanita.
Masjid Kuarters AKLIA telah diwakili oleh kumpulan An Najah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi, Adun kawasan Labu.







MAJLIS RASMI PENYERAHAN VAN JENAZAH

Majlis rasmi penyerahan van jenazah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakan pada 13 Julai 2010 selepas solat magrib di masjid Kuarters KLIA. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus Bank Rakyat Wilayah Selatan En Zainuddin bin Zainal Abidin dan pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai En Muhamad Zaki bin Abd Rahman kepada Nazir Masjid Kuarters KLIA Hj Mohd Hasim Munajat.
         Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.





Dihadapan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat

Jumaat, 2 Julai 2010

KURSUS HAJI 2010

Kursus Penutup bersama praktikal akan diadakan pada;
Tarikh     : 10 Julai 2010   - Sabtu
Masa      : 9.00 pagi - 12.00 thari

Ceramah khas akan diadakan pada akhir sesi tersebut yang akan disampaikan oleh
Ustaz Lukmanul Hakim.
Praktikal dibawah bimbingan Ust Muslal.






Praktikal Haji

SEMINAR KEPIMPINAN BELIA 2010

InsyaAllah masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Seminar Kepimpinan Belia pada tarikh dan masa seperti berikut;
           Tarikh:    4 Julai 2010   - Ahad

           Masa:     8.30 pagi - 4.30 petang

           Tempat: Masjid Kuarters KLIA.

Peserta adalah terbuka kepada belia-belia yang berminat. sekakat ini pihak urusetia telah menerima pendaftaran daripada pelajar PNB Seriemas, Politeknik Nilai, KPJ Seriemas, dan belia kuarters KLIA.

Sebarang pertanyaan sila berhubung ; En Faizal   019-3105411   atau SU , Tajul Urus 019-3581428.

Selasa, 29 Jun 2010

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR

Khusyuk mendengar ceramah
Senaman ringan kesegaran

Sedang menikmati jamuan

Masjid akan mengadakan ceramah motivasi Pelajar pada setiap hari Sabtu
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Kepada ibubapa serta pelajar yang berminat sila hadir.
Program bermula 3 Julai 2010

bayaran RM 5.00 seorang.

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Ceramah Israk Mikraj akan diadakan di masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut;

Tarikh  : 1 Julai 2010      - Khamis
Masa   : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA
Penceramah : Ustaz Azamir
                        Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.

Isnin, 28 Jun 2010

TERIMA SUMBANGAN VAN JENAZAH

Pada 29 Jun 2010, masjid Kuarters KLIA telah menerima sebuah Van Jenazah sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ( Bank Rakyat ).

Van tersebut jenis KIA Pregio yang berharga RM 85,000 akan digunakan untuk menguruskan jenazah bagi kawasan Kariah Masjid Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Jijan dan Masjid Putra Nilai.

Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Setiausaha Tuan Hj Tajul Urus, Biro Khidmat Sosial Hj Nik Ab Kadir, Pen Bendahari En Jamaludin Itam dan AJK Tuan Hj Md Zahid untuk menerima van tersebut. Majlis ringkas penyerahan van tersebut telah dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Zaki Ibrahim, Pengurus, Jabatan Perundingan & Pengawasan Syariah Ibu Pejabat Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala Lumpur.
Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menyumbang Van tersebut.


Hj Mohd Zaki menyerahkan kunci Van Jenazah kepada
Setiausaha Masjid Kuarters KLIA Tuan Hj Tajul Urus.

Hj Tajul Urus menyampaikan cenderahati kepada
Pengurus Jab. Perundingan & pengawasan Syariah Hj Mohd Zaki.

Ahad, 20 Jun 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN KAW. PARLIMEN NS

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Berzanji dan Marhaban bagi semua 8 kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;

Tarikh        : 29 May 2010
Masa         : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat      : Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan.
Jumlah Pasukan Bertanding : 8 pasukan

Pasukan An Najah dari Masjid Kuarters KLIA telah mewakili Parlimen Rasah setelah berjaya menjadi johan diPeringkat Parlimen ini. Pasukan ini menamakan semua dengan nama Al Falah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.
Tahniah !! pasukan Al Falah Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menduduki Naib Johan di belakang kumpulan Parlimen Port Dickson yang menjadi Johan bagi peringkat N Sembilan.
Hadiah serta perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Abd Samad, ADUN Kawasan Bagan Pinang.


An Najah sedang menyampaikan persembahan Marhaban. 

Kumpulan An Najah


Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU

Memotong Kek Hari Ibu
Dari kiri; Normah, Kak Ros,Kak Nani, Pn Khadijah, Zalehah, Kak Pisah


Sebahagian peserta Program Hari Ibu

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 16 May 2010 bertempat di dewan masjid ini mkulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 t/hari.
Berbagai acara telah diadakan seperti mencari Permata Hati berkumpulan, Kuiz Agama serta debat bersama kaum bapa atas tajuk " Kebahagian Rumah Tangga, Perlukah berpoligami".

Sambutan amat mengalakan dan telah dihadiri hapir 150 orang hadirin kebanyakannya Ibu-ibu Qariah Kuarters KLIA.


Pertandingan Debat Keluarga Bahagia, Perlukah berpoligami.
Dari kiri; Kak Long, Cikgu Habsah, Utzh Wan Mariani & Pn Faridah.

Ahad, 9 Mei 2010

JOHAN MARHABAN & BERZANJI ANJURAN KEMAS.

Tahniah,
Kumpulan Al Falah, Masjid Kuarters KLIA telah menjadi johan dalam pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Zon Labu anjuran Kemas pada 2May 2010 di dewan Jabatan Pertahanan Awam ( JPA3) Seremban.
Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Kesenian Islam Parlimen Rasah. Kumpulan Al Falah Masjid ini akan mewakili Parlimen Rasah bagi pertandingan Marhaban Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 May 2010 di Port Dickson, N Sembilan.

TAHNIAH !!!



Selasa, 23 Mac 2010

KURSUS JENAZAH REMAJA

Kursus Jenazah khusus bagi para remaja akan diadakan pada tarikh berikut;

Tarikh  : 11 April 2010   - AHAD
Masa   : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aras bawah, Masjid Kuarters KLIA.


Yuran penyertaan RM 15.00 seorang.
Bayaran termasuk, makan minum, alatulis, fail, penceramah dan peralatan.

Sila daftar segera, tempat terhad, hubungi:
Faizal -  019-3105411
Tajul  -  019-3581428

SUMBANGAN HADIAH SPM 2010

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang SPM pelajar tahun 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut;

      Tarikh : 1 April 2010     Khamis mlm Jumaat

      Masa : Lepas Solat Magrib

      Tempat : Masjid Kuarters KLIA.

       Keputusan minima 6A keatas.

Semua pelajar serta ibubapa yang tinggal di Qarianh masjid ini iaitu Kuarters KLIA dan Enstek dijemput hadir. Sila daftar di papan notis masjid dengan menyerahkan salinan keputusan. Tarikh tutup 28 Mac 2010.

Ahad, 14 Mac 2010

Jumaat, 12 Mac 2010

TILAWAH ALQURAN MASJID KUARTERS KLIA 2010

Tilawah AlQuaran akan diadakan pada tarikh seperti berikut;

Tarikh   : 13 Mac 2010        Sabtu
Masa     : 8.00 malam
Tempat  : Dewan Bawah, Masjid Kuarters KLIA.

Semua para jemaah dijemput hadir.

ADIK AMIRUL FAIZ, KATEGORI KANAK-KANAK


Katergori Kanak-kanak Perempuan 7-12th:

1.

Kategoro Kanak-kanak Lelaki 7-12 th:

1. Muhammad Akmal
2. Muhammad Hazman
3. Amirul Faiz

Remaja Perempuan 13-18 th:

1. Athirah Sahira Mohd Safee

Remaja Lelaki 13-18th

1. Mohamad Fariz Farhan Bin Entan

Kategori Wanita Dewasa

1. Wan Mariani bt Wan Hassan
2. Maimunah bt Md Saad @ Mansor

Kategori Lelaki Dewasa

1. Mohd Rafiq b Osman
2. Mohammad Ridzuan b Sujari
3. Rashidi bin Harun

* Ada lagi peserta yang nama tidak disenaraikan. Terima kasih.
Sebarang Pertanyaan hubungi Sdr. Muhasan Mohd. HP : 012-6464679

Jumaat, 19 Februari 2010

PERARAKAN MAULID UR RASUL 2010.

Adalah dimaklumkan bahawa, Masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Perarakan Maulid Ur Rasul pada 27 Feb 2010 bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Masjid Kuarters KLIA.

Oleh itu kami menjemput kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang berminat untuk menghantar kontigen dalam perarakan tersebut. Insya Allah pihak penganjur sedang berusaha untuk menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama menyertai perarakan tersebut.

TEMA SAMBUTAN TAHUN 2010

" MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"

Kontigen Yang  Menyertai Perarakan
Setakat 20 Feb 2010.

1. Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA

2. Polis Diraja Malaysia KLIA

3. Jabatan Kesihatan KLIA

4. Jabatan Kastam Diraja KLIA

5. Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA

6. Sek Keb Kompleks KLIA

7. Surau Al Hidayah, Enstek

8. Jabatan Immigresen KLIA

9. Sek Agama Rakyat Al Qalam

10. KPJ International College Srimas

11. Akademi Audit Negara

12. Masjid Syaidina Abu Bakar, Jijan

13. Rukun Tetangga Kuarters KLIA

14. AJK Masjid & Kumpulan An Najah

15. Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA

16. Biro Remaja Masjid Kuarters KLIA

Mana-mana jabatan / swasta yang ingin menyertai perarakan boleh menghubungi Setiausaha
Masjid Hj Tajul Urus di talian 019-3581428   / Fax: 03-87874062
E-mail : tajulstorm@yahoo.com. Nyatakan bilangan peserta. Sepanduk sila sediakan sendiri

Pemenang Pertandingan


PASUKAN BIRO WANITA: JOHAN RM 300.00



SEK.AGAMA RAKYAT ALQALAM : NAIB JOHAN RM 200.00




KPJ KOLEJ : KETIGA  RM 100.00

Ahad, 31 Januari 2010

KUMPULAN AN NAJAH MULA MENDAPAT JEMPUTAN







PERSEMBAHAN DI PEJABAT KASTAM AMC KLIA

 
DUA GADIS MEMPEROMOSIKAN CD AN NAJAH


YDP Bakiska Malaysia menyerahkan Albun An Najah kepada Ketua Pengarah Kastam
Ybg Dato' Sri Hj Ibrahim bin Hj Jaapar semasa mesyuarat Perwakilan di P Pinang.
BAKISKA adalah dilantik menjadi pengedar album tersebut.



PENGARAH KASTAM KLIA, PUAN AZIZAH IBRAHIM
MEMPROMOSIKAN CD SELAWAT AN NAJAH



YB Datuk Hj Hasim bin Rusdi, Adun Labu melancarkan Promosi Album
Pertama An Najah pada 18  Okt. 2009 di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA


Dari Kiri: Suhaimi KRT, Datuk Hasim, Hj Mohd Fiah SMK, Ust Shukor Imam Besar,
Hj Tajul Urus Pengerusi Bakep, Hj Hashim Nazir Masjid dan En Anuar Pengerusi Enstek
menujukan isyarat yang pertama kepada Album An Najah.
SILA DAPATKAN CD AN NAJAH SEGERA
HARGA RM 15.00 SAHAJA
PENGEDAR DIKEHENDAKI SEGERA.

Sabtu, 30 Januari 2010

KURSUS HAJI TAHUN 2010



Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Haji bagi Tahun 2010 akan diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada tarikh dan masa seperti yang ditetapkan;


PESERTA KURSUS HAJI 13 MAC 2010

SETIAP HARI SABTU

Tarikh mula : 27 Feb. 2010
Masa          : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat       : Dewan Syarahan, Tingkat Bawah
                     Masjid Kuarters KLIA.
Pendaftaran : RM 50.00 seorang

SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

Isnin, 4 Januari 2010

PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG.

Tuan Hj Mohd Yusop sedang menyampaiakan sumbangan
kepada pelajar Cemerlang UPSR


Tuan Hj Hasim Munajat, Nazir masjid sedang menyampaikan
sumbangan kepada pelajar PMR.


Majlis penyampaian hadiah pelajar-pelajar cemerlang UPSR dan PMR tahun 2009 telah diadakan pada tarikh berikut;

Tarikh     : 7 Januari 2010    Khamis mlm Jumaat.

Masa      : Lepas Solat Magrib

Tempat   : Masjid Kuarters KLIA.

Semua Ibubapa, pelajar yang telah mendaftar di masjid kuarters KLIA turut hadir.
Proram ini telah menjadi acara tahunan.

Sabtu, 26 Disember 2009

KEM MOTIVASI PELAJAR DIS. 09

Pelajar lelaki dalam denimika kumpulan.


Pelajar wanita sedang bersalaman dengan ibu bapa masing-masing.


Kem motivasi pelajar telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;

Tarikh: 31 Dis 09 - 01 Jan. 2010 ( 2 hari 1 malam )
Hari : Khamis &  Jumaat
Tempat:  Masjid Kuarters KLIA.
Sasaran: Pelajar Tingkatan 1 hingga 5
Yuran Penyertaan : RM 20.00 seorang

Masjid telah melantik Consultan dari Usim &  UIA yang diketuai oleh Ust. Hariri Hj Daud untuk megendalikan Kem tersebut.
Seramai 100 orang pelajar telah mengikuti program tersebut. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar serta remaja bertapa besarnya tanggungjawab kepada ibubapa serta tanggugjawab pelajar itu sendiri.

Program ini akan dijadikan acara tahunan.
Pertanyaan: Hj Tajul- 019-3581428
                  Hjh Rosnani : 019-3482527

DAFTAR SEGERA,, JANGAN BIARKAN ANAK-ANAK ANDA MELAKUKAN PERKARA YNG TIDAK BERFAEDAH.

Isnin, 9 November 2009

ISTERI HJ MOHD YUSOF BENDAHARI MENINGGAL DUNIA.

ALFATIHAH:
Adalah dimaklumkan bahawa isteri kepada Tuan Hj Mohd Yusof Kamarudin, Bendahari Masjid Kuarters KLIA telah kembali kerahmatullah pada jam 11.00 semalam. Jenazahnaya akan diuruskan di Masjid Kuarters KLIA pada pagi ini 10.11.09 setelah selesai semua urusan lapuran Polis serta lain-lain dokumen pengesahan doktor.
Adalah difahamkan bahawa, jenazahnya akan dibawa ke Seremban untuk disemadikan.
Seluruh ahli Jawatankuasa, pegawai masjid dan ahli-ahli kariah mengucapkan takziah kepada keluarga beliau. Semuga rohnya akan ditempatkan bersama orang-orang soleh.
AlFatihah.

Selasa, 27 Oktober 2009

QURBAN 2009

 
Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan majlis Qurban sempena Hari Raya Haji pada tahun ini pada 28 Nov 2009. Pada tahun ini sebanyak 8 ekor lembu telah disembelih untuk korban.Pihak masjid telah menetapkan korban dilaksanakan pada hari Sabtu memandangkan hari Raya Haji jatuh pada hari Jumaat.

Semua daging telah disedekahkan kepada anak-anak yatim, orang-orang miskin serta orang ramai yang hadir pada hari tersebut. Disamping itu kenduri telah diadakan  selepas solat Isya'.

Harga sebahagian RM 350.00    ( Lembu )      T/kasih

MAJLIS BERKHATAN BERAMAI-RAMAI




Majlis khatan untuk anak-anak musim cuti sekolah telah diadakan pada
tarikh berikut;
                    Tarikh : 5 Disember 2009     ( Sabtu )
                    Masa  : 8.00 pagi
                    Tempat : Masjid Kuarters KLIA.
                    Bayaran RM 100.00 seorang termasuk kenduri.

Seramai 28 orang anak-anak telah menyertai program berkhatan. Sebelum itu, imam Besar Ust. Abd Shukor telah membacakan doa selamat dan Nazir Hj Hasim Munajat telah menyampaikan sumbangan kepada anak-anak tersebut.
Tuan Hj Yusof Kamarudin telah mengetuai selawat beramai-ramai dan seterusnya kanak-kanak tersebut telah di sembur dengan pancutan air dari paip masjid.

Rabu, 21 Oktober 2009

PELANCARAN ALBUM AN NAJAH

Buat julung kalinya masjid Kuarters KLIA melalui Biro Kebudayaan dan Kesenian telah menerbitkan Album sulongnya oleh kumpulan selawat & marhaban An Najah. Kumpulan ini telah menjuarai  pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Negeri Sembilan pada bulan Julai 2009.
          Dianggotai seramai 9 orang, An Najah telah merakamkan album pertama di Hijjaz rekod dalam bentuk CD. Majlis pelancaran album An Najah telah disempurnakan pada 18 Okt 2009 oleh YB Datuk Hashim bin Rusdi, Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA.
         Disamping itu pihak penganjur telah mengadakan jamuan hariraya Idul Fitri bersama lain-lain komuniti seperti Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA, Rukun Tetangga, Sekolah Kebangsaan, Sek. Menengah, Sek. Agama Al Qalam dan Surau Al Hidayah. Kehadiran orang ramai khususnya penduduk Kuarters KLIA dianggarkan seramai 1500 orang.




Jumaat, 2 Oktober 2009

JAMUAN HARIRAYA GABUNGAN KOMUNITI

JAMUAN HARIRAYA

KUARTERS KLIA

GABUNGAN KOMUNITI
Anjuran:
Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA ( BAKEP ) - Gerai Satay & Nasi Impit
Rukun Tetangga Kuarters KLIA - Gerai Lontong & Mee Kari
Masjid Kuarters KLIA - Gerai Nasi Bryani
Sek. Men Keb Kompleks KLIA - Gerai Kuih-kuih
Sek. Keb. Kompleks KLIA - Gerai Minuman Panas & Sejuk
Sek Agama Rakyat AlQalam - Gerai Lemang & Rendang
Surau Al Hidayah Enstek. - Gerai Buah-buahan
Jamuan Hariraya dikuarters KLIA telah diadakan pada 18 Okt 2009 - Ahad bertempat di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA. Pada tahun ini jamuan hariraya terlah dibuat secara usahasama hasil gabungan 7 NGO yang terdapat di kuarters KLIA.
Sambutan amat menggalakan sekali. Majlis tersebut telah dihadiri oleh ADUN kawasan Labu, YB Datuk Hj Hashim bin Rusdi.
Disamping itu pelbagai persembahan telah diadakan termasuk kumpulan Marhaban An Najah dan Kumpulan Nasyid Remaja Kuarters KLIA. Pertandingan gerai tercantik telah diadakan. Pemenang gerai tercantik adalah seperti berikut;
Johan          : Gerai Rukun Tetanggan
Naib Johan : Gerai Sek. Men. keb. Kompleks KLIA
Ketiga        : Gerai Sek. Keb. Kompleks KLIA
Hadiah-hadiah berupa hamper telah disampaikan oleh pengerusi penganjur Tn Hj Tajul Urus bin Dawam.







BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT


Majlis bacaan Yasin dan solat hajat bagi calon-calon PMR dan SPM telah diadakan dimasjid ini pada 1 Okt 2009. Majlis ini diadakan setiap kali pelajar-pelajar yang akan menghadapi peperiksaan. Pada kali ini Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA dengan kerjasama PIBG telah mengambil inisiatif menganjurkan majlis tersebut.
         Turut hadir ialah Pengetua SMKKLIA Tuan Hj Mohamad Fiah bin Md Jamin serta guru-guru Sekolah berkenaan.
Disamping itu juga, dimajlis yang sama turut dihadiri oleh pelajar-pelajar Sek. Agama AlQalam yang akan mengambil peperiksaan PSRA dan UPKK. Sek. agama diketuai oleh Mudirnya Tuan Hj Mohd Yusof bin Kamarudin. Majlis ini akan dijadikan acara tahunan.