Allhamdullilah, akhirnya tempat makan atau berbuka puasa dapat disiapkan sebelum bulan Ramadhan ini. Tempat berbuka puasa secara berjemaah dibina untuk keselesaan tetamu yang dibina berhampiran dengan dapur dan tandas. Kos pembinaan menelan belanja kira-kira 33,000.00
Semua para jemaah dijemput bersama sama berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan dimasjid ini.
Sumbangan tuan puan amat dialu-alukan.
Ahad, 1 Ogos 2010
Ahad, 18 Julai 2010
PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN DUN LABU
Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban antara masjid-masjid didalam kawasan DUN Labu pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar Kariah Jijan. Majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini terdiri dari dua kategori, lelaki dan wanita.
Masjid Kuarters AKLIA telah diwakili oleh kumpulan An Najah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi, Adun kawasan Labu.

MAJLIS RASMI PENYERAHAN VAN JENAZAH
Majlis rasmi penyerahan van jenazah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakan pada 13 Julai 2010 selepas solat magrib di masjid Kuarters KLIA. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus Bank Rakyat Wilayah Selatan En Zainuddin bin Zainal Abidin dan pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai En Muhamad Zaki bin Abd Rahman kepada Nazir Masjid Kuarters KLIA Hj Mohd Hasim Munajat.
Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.
Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.
Dihadapan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat
Jumaat, 2 Julai 2010
KURSUS HAJI 2010
Kursus Penutup bersama praktikal akan diadakan pada;
Tarikh : 10 Julai 2010 - Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 thari
Ceramah khas akan diadakan pada akhir sesi tersebut yang akan disampaikan oleh
Ustaz Lukmanul Hakim.
Praktikal dibawah bimbingan Ust Muslal.
Tarikh : 10 Julai 2010 - Sabtu
Masa : 9.00 pagi - 12.00 thari
Ceramah khas akan diadakan pada akhir sesi tersebut yang akan disampaikan oleh
Ustaz Lukmanul Hakim.
Praktikal dibawah bimbingan Ust Muslal.
Praktikal Haji
SEMINAR KEPIMPINAN BELIA 2010
InsyaAllah masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Seminar Kepimpinan Belia pada tarikh dan masa seperti berikut;
Tarikh: 4 Julai 2010 - Ahad
Masa: 8.30 pagi - 4.30 petang
Tempat: Masjid Kuarters KLIA.
Peserta adalah terbuka kepada belia-belia yang berminat. sekakat ini pihak urusetia telah menerima pendaftaran daripada pelajar PNB Seriemas, Politeknik Nilai, KPJ Seriemas, dan belia kuarters KLIA.
Sebarang pertanyaan sila berhubung ; En Faizal 019-3105411 atau SU , Tajul Urus 019-3581428.

Selasa, 29 Jun 2010
CERAMAH MOTIVASI PELAJAR
Khusyuk mendengar ceramah
Senaman ringan kesegaran
Sedang menikmati jamuan
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.
Kepada ibubapa serta pelajar yang berminat sila hadir.
Program bermula 3 Julai 2010
bayaran RM 5.00 seorang.
CERAMAH ISRA' MIKRAJ
Ceramah Israk Mikraj akan diadakan di masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut;
Tarikh : 1 Julai 2010 - Khamis
Masa : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA
Penceramah : Ustaz Azamir
Timbalan Mufti Negeri Sembilan.
SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.
Tarikh : 1 Julai 2010 - Khamis
Masa : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA
Penceramah : Ustaz Azamir
Timbalan Mufti Negeri Sembilan.
SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.
Isnin, 28 Jun 2010
TERIMA SUMBANGAN VAN JENAZAH
Pada 29 Jun 2010, masjid Kuarters KLIA telah menerima sebuah Van Jenazah sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ( Bank Rakyat ).
Van tersebut jenis KIA Pregio yang berharga RM 85,000 akan digunakan untuk menguruskan jenazah bagi kawasan Kariah Masjid Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Jijan dan Masjid Putra Nilai.
Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Setiausaha Tuan Hj Tajul Urus, Biro Khidmat Sosial Hj Nik Ab Kadir, Pen Bendahari En Jamaludin Itam dan AJK Tuan Hj Md Zahid untuk menerima van tersebut. Majlis ringkas penyerahan van tersebut telah dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Zaki Ibrahim, Pengurus, Jabatan Perundingan & Pengawasan Syariah Ibu Pejabat Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala Lumpur.
Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menyumbang Van tersebut.

Hj Mohd Zaki menyerahkan kunci Van Jenazah kepada
Setiausaha Masjid Kuarters KLIA Tuan Hj Tajul Urus.
Hj Tajul Urus menyampaikan cenderahati kepada
Pengurus Jab. Perundingan & pengawasan Syariah Hj Mohd Zaki.
Ahad, 20 Jun 2010
PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN KAW. PARLIMEN NS
Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Berzanji dan Marhaban bagi semua 8 kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;
Tarikh : 29 May 2010
Masa : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat : Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan.
Jumlah Pasukan Bertanding : 8 pasukan
Pasukan An Najah dari Masjid Kuarters KLIA telah mewakili Parlimen Rasah setelah berjaya menjadi johan diPeringkat Parlimen ini. Pasukan ini menamakan semua dengan nama Al Falah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.
Tahniah !! pasukan Al Falah Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menduduki Naib Johan di belakang kumpulan Parlimen Port Dickson yang menjadi Johan bagi peringkat N Sembilan.
Hadiah serta perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Abd Samad, ADUN Kawasan Bagan Pinang.
An Najah sedang menyampaikan persembahan Marhaban.
Kumpulan An Najah
Selasa, 18 Mei 2010
SAMBUTAN HARI IBU
Memotong Kek Hari Ibu
Dari kiri; Normah, Kak Ros,Kak Nani, Pn Khadijah, Zalehah, Kak Pisah
Sebahagian peserta Program Hari Ibu
Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 16 May 2010 bertempat di dewan masjid ini mkulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 t/hari.
Berbagai acara telah diadakan seperti mencari Permata Hati berkumpulan, Kuiz Agama serta debat bersama kaum bapa atas tajuk " Kebahagian Rumah Tangga, Perlukah berpoligami".
Sambutan amat mengalakan dan telah dihadiri hapir 150 orang hadirin kebanyakannya Ibu-ibu Qariah Kuarters KLIA.
Pertandingan Debat Keluarga Bahagia, Perlukah berpoligami.
Dari kiri; Kak Long, Cikgu Habsah, Utzh Wan Mariani & Pn Faridah.
Ahad, 9 Mei 2010
JOHAN MARHABAN & BERZANJI ANJURAN KEMAS.
Tahniah,
Kumpulan Al Falah, Masjid Kuarters KLIA telah menjadi johan dalam pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Zon Labu anjuran Kemas pada 2May 2010 di dewan Jabatan Pertahanan Awam ( JPA3) Seremban.
Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Kesenian Islam Parlimen Rasah. Kumpulan Al Falah Masjid ini akan mewakili Parlimen Rasah bagi pertandingan Marhaban Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 May 2010 di Port Dickson, N Sembilan.
TAHNIAH !!!

Isnin, 29 Mac 2010
Selasa, 23 Mac 2010
KURSUS JENAZAH REMAJA
Kursus Jenazah khusus bagi para remaja akan diadakan pada tarikh berikut;
Tarikh : 11 April 2010 - AHAD
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aras bawah, Masjid Kuarters KLIA.
Yuran penyertaan RM 15.00 seorang.
Bayaran termasuk, makan minum, alatulis, fail, penceramah dan peralatan.
Sila daftar segera, tempat terhad, hubungi:
Faizal - 019-3105411
Tajul - 019-3581428
Tarikh : 11 April 2010 - AHAD
Masa : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aras bawah, Masjid Kuarters KLIA.
Bayaran termasuk, makan minum, alatulis, fail, penceramah dan peralatan.
Sila daftar segera, tempat terhad, hubungi:
Faizal - 019-3105411
Tajul - 019-3581428
SUMBANGAN HADIAH SPM 2010
Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang SPM pelajar tahun 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut;
Tarikh : 1 April 2010 Khamis mlm Jumaat
Masa : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA.
Keputusan minima 6A keatas.
Semua pelajar serta ibubapa yang tinggal di Qarianh masjid ini iaitu Kuarters KLIA dan Enstek dijemput hadir. Sila daftar di papan notis masjid dengan menyerahkan salinan keputusan. Tarikh tutup 28 Mac 2010.

Ahad, 14 Mac 2010
Jumaat, 12 Mac 2010
TILAWAH ALQURAN MASJID KUARTERS KLIA 2010
Tilawah AlQuaran akan diadakan pada tarikh seperti berikut;
Tarikh : 13 Mac 2010 Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Bawah, Masjid Kuarters KLIA.
Semua para jemaah dijemput hadir.
Katergori Kanak-kanak Perempuan 7-12th:
1.
Kategoro Kanak-kanak Lelaki 7-12 th:
1. Muhammad Akmal
2. Muhammad Hazman
3. Amirul Faiz
Remaja Perempuan 13-18 th:
1. Athirah Sahira Mohd Safee
Remaja Lelaki 13-18th
1. Mohamad Fariz Farhan Bin Entan
Kategori Wanita Dewasa
1. Wan Mariani bt Wan Hassan
2. Maimunah bt Md Saad @ Mansor
Kategori Lelaki Dewasa
1. Mohd Rafiq b Osman
2. Mohammad Ridzuan b Sujari
3. Rashidi bin Harun
* Ada lagi peserta yang nama tidak disenaraikan. Terima kasih.
Sebarang Pertanyaan hubungi Sdr. Muhasan Mohd. HP : 012-6464679
Tarikh : 13 Mac 2010 Sabtu
Masa : 8.00 malam
Tempat : Dewan Bawah, Masjid Kuarters KLIA.
Semua para jemaah dijemput hadir.
ADIK AMIRUL FAIZ, KATEGORI KANAK-KANAK
Katergori Kanak-kanak Perempuan 7-12th:
1.
Kategoro Kanak-kanak Lelaki 7-12 th:
1. Muhammad Akmal
2. Muhammad Hazman
3. Amirul Faiz
Remaja Perempuan 13-18 th:
1. Athirah Sahira Mohd Safee
Remaja Lelaki 13-18th
1. Mohamad Fariz Farhan Bin Entan
Kategori Wanita Dewasa
1. Wan Mariani bt Wan Hassan
2. Maimunah bt Md Saad @ Mansor
Kategori Lelaki Dewasa
1. Mohd Rafiq b Osman
2. Mohammad Ridzuan b Sujari
3. Rashidi bin Harun
* Ada lagi peserta yang nama tidak disenaraikan. Terima kasih.
Sebarang Pertanyaan hubungi Sdr. Muhasan Mohd. HP : 012-6464679
Jumaat, 19 Februari 2010
PERARAKAN MAULID UR RASUL 2010.
Adalah dimaklumkan bahawa, Masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Perarakan Maulid Ur Rasul pada 27 Feb 2010 bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Masjid Kuarters KLIA.
Oleh itu kami menjemput kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang berminat untuk menghantar kontigen dalam perarakan tersebut. Insya Allah pihak penganjur sedang berusaha untuk menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama menyertai perarakan tersebut.
TEMA SAMBUTAN TAHUN 2010
" MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"
Kontigen Yang Menyertai Perarakan
Setakat 20 Feb 2010.
1. Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA
2. Polis Diraja Malaysia KLIA
3. Jabatan Kesihatan KLIA
4. Jabatan Kastam Diraja KLIA
5. Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA
6. Sek Keb Kompleks KLIA
7. Surau Al Hidayah, Enstek
8. Jabatan Immigresen KLIA
9. Sek Agama Rakyat Al Qalam
10. KPJ International College Srimas
11. Akademi Audit Negara
12. Masjid Syaidina Abu Bakar, Jijan
13. Rukun Tetangga Kuarters KLIA
14. AJK Masjid & Kumpulan An Najah
15. Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA
16. Biro Remaja Masjid Kuarters KLIA
Mana-mana jabatan / swasta yang ingin menyertai perarakan boleh menghubungi Setiausaha
Masjid Hj Tajul Urus di talian 019-3581428 / Fax: 03-87874062
E-mail : tajulstorm@yahoo.com. Nyatakan bilangan peserta. Sepanduk sila sediakan sendiri
Pemenang Pertandingan

PASUKAN BIRO WANITA: JOHAN RM 300.00
SEK.AGAMA RAKYAT ALQALAM : NAIB JOHAN RM 200.00
KPJ KOLEJ : KETIGA RM 100.00
Ahad, 31 Januari 2010
KUMPULAN AN NAJAH MULA MENDAPAT JEMPUTAN
PERSEMBAHAN DI PEJABAT KASTAM AMC KLIA
DUA GADIS MEMPEROMOSIKAN CD AN NAJAH

YDP Bakiska Malaysia menyerahkan Albun An Najah kepada Ketua Pengarah Kastam
Ybg Dato' Sri Hj Ibrahim bin Hj Jaapar semasa mesyuarat Perwakilan di P Pinang.
BAKISKA adalah dilantik menjadi pengedar album tersebut.
PENGARAH KASTAM KLIA, PUAN AZIZAH IBRAHIM
MEMPROMOSIKAN CD SELAWAT AN NAJAH
YB Datuk Hj Hasim bin Rusdi, Adun Labu melancarkan Promosi Album
Pertama An Najah pada 18 Okt. 2009 di Dewan Serbaguna Kuarters KLIA
Dari Kiri: Suhaimi KRT, Datuk Hasim, Hj Mohd Fiah SMK, Ust Shukor Imam Besar,
Hj Tajul Urus Pengerusi Bakep, Hj Hashim Nazir Masjid dan En Anuar Pengerusi Enstek
menujukan isyarat yang pertama kepada Album An Najah.
SILA DAPATKAN CD AN NAJAH SEGERA
HARGA RM 15.00 SAHAJA
PENGEDAR DIKEHENDAKI SEGERA.
Sabtu, 30 Januari 2010
KURSUS HAJI TAHUN 2010
Adalah dimaklumkan bahawa Kursus Haji bagi Tahun 2010 akan diadakan di Masjid Kuarters KLIA pada tarikh dan masa seperti yang ditetapkan;
PESERTA KURSUS HAJI 13 MAC 2010
SETIAP HARI SABTU
Tarikh mula : 27 Feb. 2010
Masa : 9.00 - 11.30 pagi
Tempat : Dewan Syarahan, Tingkat Bawah
Masjid Kuarters KLIA.
Pendaftaran : RM 50.00 seorang
SEMUA PARA JEMAAH DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI
Isnin, 4 Januari 2010
PENYAMPAIAN HADIAH PELAJAR CEMERLANG.
Tuan Hj Mohd Yusop sedang menyampaiakan sumbangan
kepada pelajar Cemerlang UPSR
Tuan Hj Hasim Munajat, Nazir masjid sedang menyampaikan
sumbangan kepada pelajar PMR.
Majlis penyampaian hadiah pelajar-pelajar cemerlang UPSR dan PMR tahun 2009 telah diadakan pada tarikh berikut;
Tarikh : 7 Januari 2010 Khamis mlm Jumaat.
Masa : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA.
Semua Ibubapa, pelajar yang telah mendaftar di masjid kuarters KLIA turut hadir.
Proram ini telah menjadi acara tahunan.
Langgan:
Catatan (Atom)