Khamis, 26 Ogos 2010

TADARUS REMAJA

Sek. Men., Keb. Kompleks KLIA dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA telah menganjurkan Tadarus Al quran peringkat Remaja pada 25 Ogos 2010 bermula selepas solat zohor. Peserta seramai 90 orang telah mengikuti  Tadarus tersebut.

Tadarus Remaja tersebut dibawah pengawasan Imam Besar Ust Abd Shukur Puteh dan guru=guru Sek Men. Komplek KLIA.




MAJLIS SUMBANGAN ANAK YATIM PNB

25 Ogos 2010 bersamaan 15 Ramadan, satu majlis berbuka puasa dan sumbangan anak-anak yatim telah diadakan di Masjid Kuarters KLIA. Majlis ini dianjurkan Perbadanan Nasional Bhd PNB dengan kerjasama Masjid Kuarters KLIA.
Pada majlis tersebut, PNB telah bermurah hari menderma pakaian serta duit raya pada anak-anak yatim yang terpilih. Pusat anak yatim yang dijemput ialah dari Rumah Anak yatim Murad Foundation Seremban, Rumah Anak Yatim Darul Hikmah Kajang dan anak-anak yatim kariah Masjid Kuarters KLIA.

Imam Besar Ustaz Mohd Shukor bin Puteh telah diberi kesempatan menyampaikan tazkirah berkaitan dengan ramadhan dan kelebihan megasuk anak-anak yatim.
Majlis diakhiri dengan solat Tarawikh dan jamuan moreh.





Ahad, 8 Ogos 2010

SUMBANGAN BERBUKA PUASA 2010

Adalah dimaklumkan bahawa masjid Kuarters KLIA akan mengadakan Majlis Berbuka Puasa setiap petang. Dengan ini pihak masjid ingin memohon sumbangan kepada tuan/puan semua sama ada secara individu, berkumpulan ataupun agensi kerajaan dan swasta untuk majlis tersebut.
Kos berbuka puasa sehari adalah sebanyak RM 400.00 Sekiranya sesiapa yang ingin menyumbang barangan dalam bentuk makanan pun dialu alukan.

Segala sumbangan hendaklah diserahkan kepada:
1. Imam Besar - Ust. Mohd Shukor bin Putih
2. Imam Qariah - Tuan Hj Mohd Yusop bin Md Yusak
3. Setiausaha - Hj Tajul Urus Dawam

Segala sumbangan ikhlas tuan puan untuk masjid ini diucapkan ribuan terima kasih.


Ahad, 1 Ogos 2010

TEMPAT KHAS BERBUKA PUASA DISIAP UNTUK DIGUNAKAN.

Allhamdullilah, akhirnya tempat makan atau berbuka puasa dapat disiapkan sebelum bulan Ramadhan ini. Tempat berbuka puasa secara berjemaah dibina untuk keselesaan tetamu yang dibina berhampiran dengan dapur dan tandas. Kos pembinaan menelan belanja kira-kira 33,000.00

Semua para jemaah dijemput bersama sama berbuka puasa sepanjang bulan Ramadhan dimasjid ini.
Sumbangan tuan puan amat dialu-alukan.

Ahad, 18 Julai 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN DUN LABU

Jawatankuasa Dakwah Islamiah DUN Labu telah menganjurkan Pertandingan Berzanji dan Marhaban antara masjid-masjid didalam kawasan DUN Labu pada 18 Julai 2010 bertempat di Masjid Sayyidina Abu Bakar Kariah Jijan. Majlis tersebut bermula jam 9.00 pagi sehingga jam 12.00 malam. Sebanyak 16 pasukan telah menyertai pertandingan ini terdiri dari dua kategori, lelaki dan wanita.
Masjid Kuarters AKLIA telah diwakili oleh kumpulan An Najah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam. Majlis Penutup dan penyampaian hadiah telah dilaksanakan oleh YB Datuk Hasim bin Rusdi, Adun kawasan Labu.







MAJLIS RASMI PENYERAHAN VAN JENAZAH

Majlis rasmi penyerahan van jenazah oleh Bank Kerjasama Rakyat Malaysia telah diadakan pada 13 Julai 2010 selepas solat magrib di masjid Kuarters KLIA. Penyerahan tersebut telah dilaksanakan oleh Pengurus Bank Rakyat Wilayah Selatan En Zainuddin bin Zainal Abidin dan pengurus Bank Rakyat Cawangan Nilai En Muhamad Zaki bin Abd Rahman kepada Nazir Masjid Kuarters KLIA Hj Mohd Hasim Munajat.
         Sebelum itu, satu ceramah bertajuk "Perbankan Secara Syariah" telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Hanafian bin Nawawi, Jabatan Pengawasan dan Perundingan Syariah Bank Rakyat.





Dihadapan Van Jenazah Sumbangan Bank Rakyat

Jumaat, 2 Julai 2010

KURSUS HAJI 2010

Kursus Penutup bersama praktikal akan diadakan pada;
Tarikh     : 10 Julai 2010   - Sabtu
Masa      : 9.00 pagi - 12.00 thari

Ceramah khas akan diadakan pada akhir sesi tersebut yang akan disampaikan oleh
Ustaz Lukmanul Hakim.
Praktikal dibawah bimbingan Ust Muslal.






Praktikal Haji

SEMINAR KEPIMPINAN BELIA 2010

InsyaAllah masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Seminar Kepimpinan Belia pada tarikh dan masa seperti berikut;
           Tarikh:    4 Julai 2010   - Ahad

           Masa:     8.30 pagi - 4.30 petang

           Tempat: Masjid Kuarters KLIA.

Peserta adalah terbuka kepada belia-belia yang berminat. sekakat ini pihak urusetia telah menerima pendaftaran daripada pelajar PNB Seriemas, Politeknik Nilai, KPJ Seriemas, dan belia kuarters KLIA.

Sebarang pertanyaan sila berhubung ; En Faizal   019-3105411   atau SU , Tajul Urus 019-3581428.

Selasa, 29 Jun 2010

CERAMAH MOTIVASI PELAJAR

Khusyuk mendengar ceramah
Senaman ringan kesegaran

Sedang menikmati jamuan

Masjid akan mengadakan ceramah motivasi Pelajar pada setiap hari Sabtu
mulai jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi.

Kepada ibubapa serta pelajar yang berminat sila hadir.
Program bermula 3 Julai 2010

bayaran RM 5.00 seorang.

CERAMAH ISRA' MIKRAJ

Ceramah Israk Mikraj akan diadakan di masjid Kuarters KLIA pada tarikh berikut;

Tarikh  : 1 Julai 2010      - Khamis
Masa   : Lepas Solat Magrib
Tempat : Masjid Kuarters KLIA
Penceramah : Ustaz Azamir
                        Timbalan Mufti Negeri Sembilan.

SEMUA JEMAAH DIJEMPUT HADIR.

Isnin, 28 Jun 2010

TERIMA SUMBANGAN VAN JENAZAH

Pada 29 Jun 2010, masjid Kuarters KLIA telah menerima sebuah Van Jenazah sumbangan Bank Kerjasama Rakyat Malaysia ( Bank Rakyat ).

Van tersebut jenis KIA Pregio yang berharga RM 85,000 akan digunakan untuk menguruskan jenazah bagi kawasan Kariah Masjid Kuarters KLIA, Bandar Enstek, Kota Seriemas, Jijan dan Masjid Putra Nilai.

Masjid Kuarters KLIA telah diwakili oleh Setiausaha Tuan Hj Tajul Urus, Biro Khidmat Sosial Hj Nik Ab Kadir, Pen Bendahari En Jamaludin Itam dan AJK Tuan Hj Md Zahid untuk menerima van tersebut. Majlis ringkas penyerahan van tersebut telah dilaksanakan oleh Tuan Hj Mohd Zaki Ibrahim, Pengurus, Jabatan Perundingan & Pengawasan Syariah Ibu Pejabat Bank Rakyat Jalan Tangsi Kuala Lumpur.
Masjid mengucapkan ribuan terima kasih kepada Bank Rakyat kerana menyumbang Van tersebut.


Hj Mohd Zaki menyerahkan kunci Van Jenazah kepada
Setiausaha Masjid Kuarters KLIA Tuan Hj Tajul Urus.

Hj Tajul Urus menyampaikan cenderahati kepada
Pengurus Jab. Perundingan & pengawasan Syariah Hj Mohd Zaki.

Ahad, 20 Jun 2010

PERTANDINGAN BERZANJI & MARHABAN KAW. PARLIMEN NS

Jabatan Kemajuan Masyarakat Negeri Sembilan telah menganjurkan pertandingan Berzanji dan Marhaban bagi semua 8 kawasan Parlimen di Negeri Sembilan. Pertandingan tersebut telah diadakan pada tarikh dan tempat seperti berikut;

Tarikh        : 29 May 2010
Masa         : 8.00 pagi hingga 5 petang
Tempat      : Pejabat Pertahanan Awam Negeri Sembilan.
Jumlah Pasukan Bertanding : 8 pasukan

Pasukan An Najah dari Masjid Kuarters KLIA telah mewakili Parlimen Rasah setelah berjaya menjadi johan diPeringkat Parlimen ini. Pasukan ini menamakan semua dengan nama Al Falah yang diketuai oleh Hj Tajul Urus Dawam.
Tahniah !! pasukan Al Falah Masjid Kuarters KLIA telah berjaya menduduki Naib Johan di belakang kumpulan Parlimen Port Dickson yang menjadi Johan bagi peringkat N Sembilan.
Hadiah serta perasmian penutup telah dilaksanakan oleh Dato' Seri Utama Hj Mohd Isa Abd Samad, ADUN Kawasan Bagan Pinang.


An Najah sedang menyampaikan persembahan Marhaban. 

Kumpulan An Najah


Selasa, 18 Mei 2010

SAMBUTAN HARI IBU

Memotong Kek Hari Ibu
Dari kiri; Normah, Kak Ros,Kak Nani, Pn Khadijah, Zalehah, Kak Pisah


Sebahagian peserta Program Hari Ibu

Masjid Kuarters KLIA telah mengadakan sambutan Hari Ibu pada 16 May 2010 bertempat di dewan masjid ini mkulai jam 8.30 pagi hingga 1.30 t/hari.
Berbagai acara telah diadakan seperti mencari Permata Hati berkumpulan, Kuiz Agama serta debat bersama kaum bapa atas tajuk " Kebahagian Rumah Tangga, Perlukah berpoligami".

Sambutan amat mengalakan dan telah dihadiri hapir 150 orang hadirin kebanyakannya Ibu-ibu Qariah Kuarters KLIA.


Pertandingan Debat Keluarga Bahagia, Perlukah berpoligami.
Dari kiri; Kak Long, Cikgu Habsah, Utzh Wan Mariani & Pn Faridah.

Ahad, 9 Mei 2010

JOHAN MARHABAN & BERZANJI ANJURAN KEMAS.

Tahniah,
Kumpulan Al Falah, Masjid Kuarters KLIA telah menjadi johan dalam pertandingan Berzanji dan Marhaban peringkat Zon Labu anjuran Kemas pada 2May 2010 di dewan Jabatan Pertahanan Awam ( JPA3) Seremban.
Majlis tersebut diadakan sempena Karnival Kesenian Islam Parlimen Rasah. Kumpulan Al Falah Masjid ini akan mewakili Parlimen Rasah bagi pertandingan Marhaban Peringkat Negeri yang akan diadakan pada 29 May 2010 di Port Dickson, N Sembilan.

TAHNIAH !!!



Selasa, 23 Mac 2010

KURSUS JENAZAH REMAJA

Kursus Jenazah khusus bagi para remaja akan diadakan pada tarikh berikut;

Tarikh  : 11 April 2010   - AHAD
Masa   : 8.00 pagi - 4.00 petang
Tempat: Dewan Aras bawah, Masjid Kuarters KLIA.


Yuran penyertaan RM 15.00 seorang.
Bayaran termasuk, makan minum, alatulis, fail, penceramah dan peralatan.

Sila daftar segera, tempat terhad, hubungi:
Faizal -  019-3105411
Tajul  -  019-3581428

SUMBANGAN HADIAH SPM 2010

Majlis Penyampaian Hadiah bagi Pelajar Cemerlang SPM pelajar tahun 2009 akan diadakan pada tarikh dan masa seperti berikut;

      Tarikh : 1 April 2010     Khamis mlm Jumaat

      Masa : Lepas Solat Magrib

      Tempat : Masjid Kuarters KLIA.

       Keputusan minima 6A keatas.

Semua pelajar serta ibubapa yang tinggal di Qarianh masjid ini iaitu Kuarters KLIA dan Enstek dijemput hadir. Sila daftar di papan notis masjid dengan menyerahkan salinan keputusan. Tarikh tutup 28 Mac 2010.

Ahad, 14 Mac 2010

Jumaat, 12 Mac 2010

TILAWAH ALQURAN MASJID KUARTERS KLIA 2010

Tilawah AlQuaran akan diadakan pada tarikh seperti berikut;

Tarikh   : 13 Mac 2010        Sabtu
Masa     : 8.00 malam
Tempat  : Dewan Bawah, Masjid Kuarters KLIA.

Semua para jemaah dijemput hadir.

ADIK AMIRUL FAIZ, KATEGORI KANAK-KANAK


Katergori Kanak-kanak Perempuan 7-12th:

1.

Kategoro Kanak-kanak Lelaki 7-12 th:

1. Muhammad Akmal
2. Muhammad Hazman
3. Amirul Faiz

Remaja Perempuan 13-18 th:

1. Athirah Sahira Mohd Safee

Remaja Lelaki 13-18th

1. Mohamad Fariz Farhan Bin Entan

Kategori Wanita Dewasa

1. Wan Mariani bt Wan Hassan
2. Maimunah bt Md Saad @ Mansor

Kategori Lelaki Dewasa

1. Mohd Rafiq b Osman
2. Mohammad Ridzuan b Sujari
3. Rashidi bin Harun

* Ada lagi peserta yang nama tidak disenaraikan. Terima kasih.
Sebarang Pertanyaan hubungi Sdr. Muhasan Mohd. HP : 012-6464679

Jumaat, 19 Februari 2010

PERARAKAN MAULID UR RASUL 2010.

Adalah dimaklumkan bahawa, Masjid Kuarters KLIA akan menganjurkan Perarakan Maulid Ur Rasul pada 27 Feb 2010 bermula jam 8.00 pagi di Perkarangan Masjid Kuarters KLIA.

Oleh itu kami menjemput kepada jabatan-jabatan kerajaan dan swasta yang berminat untuk menghantar kontigen dalam perarakan tersebut. Insya Allah pihak penganjur sedang berusaha untuk menjemput Menteri Besar Negeri Sembilan bersama-sama menyertai perarakan tersebut.

TEMA SAMBUTAN TAHUN 2010

" MEMANTAP UKHWAH MEMPERKASA UMMAH"

Kontigen Yang  Menyertai Perarakan
Setakat 20 Feb 2010.

1. Badan Kebajikan Penduduk Kuarters KLIA

2. Polis Diraja Malaysia KLIA

3. Jabatan Kesihatan KLIA

4. Jabatan Kastam Diraja KLIA

5. Sek. Men. Keb. Kompleks KLIA

6. Sek Keb Kompleks KLIA

7. Surau Al Hidayah, Enstek

8. Jabatan Immigresen KLIA

9. Sek Agama Rakyat Al Qalam

10. KPJ International College Srimas

11. Akademi Audit Negara

12. Masjid Syaidina Abu Bakar, Jijan

13. Rukun Tetangga Kuarters KLIA

14. AJK Masjid & Kumpulan An Najah

15. Biro Wanita Masjid Kuarters KLIA

16. Biro Remaja Masjid Kuarters KLIA

Mana-mana jabatan / swasta yang ingin menyertai perarakan boleh menghubungi Setiausaha
Masjid Hj Tajul Urus di talian 019-3581428   / Fax: 03-87874062
E-mail : tajulstorm@yahoo.com. Nyatakan bilangan peserta. Sepanduk sila sediakan sendiri

Pemenang Pertandingan


PASUKAN BIRO WANITA: JOHAN RM 300.00



SEK.AGAMA RAKYAT ALQALAM : NAIB JOHAN RM 200.00




KPJ KOLEJ : KETIGA  RM 100.00